which Da'ie is you?

Assalammualaikum wbt ! hi saudara saudari seTUHAN ku  :) alalaa~ ksian nya blog. lama tidak berkunjung sini :'') btw salam aiduladha semua. nak faham erti "korban" ni kena lah rujuk kisah Nabi Ibrahim :) yang tengah menaip ni pun bermatian menghayati. bukan senang korban kan benda/ pekara/ sesuatu yang kita sayang bukan? nhaa. it's your choice.






***






hahh... tapi tujuan diri ni menulis nukilan hati bukan utk enteri "korban" tapi ada tujuan lain. Da'ie. haa.. tu la tuh.. zaman moden ni.. amat banyak da'ie wujud, samada yang berdaftar tau tidak, yang merujuk sumber sahih atau tidak, 'main bedal' sahaja. luluh hati. tapi bukan semua..mungkin sesetengah mungkin.. ha.. yelah tu. bagi aku. Da'ie ni ada 3 jenis ;



1- Da'ie main hentam / tak sedar diri
2- Da'ie separa sedar
3- Da'ie sedar






peringatan. sebelum anda sakit hati, enteri ini kemungkinan akan menembak tepat dada atau otak anda. kalau tidak sanggup boleh tekan "X" pada sebelah kanan ... baiklah.. mari selongkar satu-satu.. bermulanya 1- Da'ie main hentam / tak sedar diri -- okkk.. jenis ni teramat lah bertimbun dan berlambak.. terutama dilaman twitter, facebook mahupun tampat lain lah. jenis ni yang "google" apa-apa benda tah, pastu kalau rasa best, copy paste dan boom org, tak kisah lah org yang dia boom tu parah nak mati, janji dia puas.  baru baca 1 hadis dah rasa 'aku ler yang betullll' ... baru nampak silap orang sikit dah pong pang pong pang kemain. dah lah tak check teliti, pastu ambush and cakap orang sesukati. dia cakap macam dia tak pernah buat dosa kecil apatah lagi dosa besar. dan rasa dia betul. satu benda kan, suka sangat nasihat kemain bla bla blaaaa banyak-banyak..at the end sendiri tak buat. lupa eh pesan Allah?





" Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? " -- Al-saf : ayat 2





tak salah menyampaikan yang baik dan cegah orang dari mebuat pekara kemungkaran. tak salah. tapi yang salahnya pabila kita rancak rancak nasihat orang itu ini tapi the end kita sendiri takbuat. kita sendiri tak amal. memang benar kalau orang nasihat kita untuk tutup aurat, kita wajib ikut. sebab tutup aurat tukan wajib, perintah Allah right? sama juga solat fardu dan sebagainya. yang eloknya bila kita nasihat kita sendiri usaha buat, usaha amal. baru SUPER MUSLIM SUPER MUKMIN . kan?








2 -- Da'ie separa sedar. okay. yang ni ok sikit lahh.. mungkin lahhh.. dia menyampaikan sesuatu dalam masa yang sama dia amal, cumaaaa.....kekadang skip sikit. ha tu lah.. contoh..dia kata "wei solat jangan tangguh-tangguh..solat lah dia awal waktu....." few days after that : ah..lek-lek jap. waktu panjang lagiiiiiiii.... lama kelamaan jadi kebiasaan. cumanya, dengan izin Allah Ta'ala, dia akan sedar apabila dia muhasabah dengan cara yang betul. jawabnya, istighfar. usaha tak buat lagi k :) Allah kan Maha Pengampun, mintak lah ampun banyak-banyak.. tak hilang maruah tak hilang harga diri bila meminta ampun dengan Allah, malah dimuliakan oleh Allah. yang ni sweetttt <3








3 -- Da'ie sedar . ehem! kalau yang ni aku memang tabik tahap gunung kinabalu ! satu pekara tentang da'ie ni, susah tau cari da'ie jenis macam ni . a'ah.. sangat-sangat susah.. dia sedar apa dia sampaikan, dalam masa yang sama dia amal setiap ayat yang dia keluarkan dari mulut dia tu. 100% . ni barulah power. dia tegas dengan orang lain, dalam masa yang sama dia pun tegas dengan diri dia sendiri :)





maaf lah tu cuma pendapat aku. masing masing boleh cermin diri sekarang. nothing is perfect except Allah Ta'ala. tapi itu bukan alasan untuk kita terus menerus membuat silap. Allah beri kita akal untuk berfikir, beza mana yang baik buruk, beza mana satu yang logik atau tak logik..dan sebaginya lahh.. kekadang hancur lebur hatiku *aiseh* melihat kewujudan da'ie yang suka suka "tembak" orang lain. tak cukup tembak, boom, bagi mati terus. at the end, orang yang dia kononnya nak nasihatkan tu patah hati, give up nak berubah dan memberontak. haa.. begitulah. manusia ni suka sangat nak capai sesuatu dengan keputusan yang cepat, tak suka bersabar. yang dia tahu, dia sampaikan sesuatu, pastu orang tu mesti terus buat apa yang dia sampaikan, kalau orang tu takbuat, dia hina, masuk Neraka. amboi, engko TUHAN kewww? nak judge orang..siapa lah kita.. kita pun ada masa silam, dan realitinya judge tu "tugas" Allah Ta'ala. bukan aku, kau...atau siapa-siapa. 1 thing kita kena ingat kena sedar, orang mungkin tak semua tahu apa benda/ pekara yang kita buat TAPI Allah tahu. :) nhaa..tembakan padu lagiii... 


 as a da'ie : nak menyampaikan dakwah.. first of all.. orang tu kena ada rasa takut dengan Allah , takut menyampaikan sesuatu tapi tidak mengamalkan apa yang disampaikan. *rujuk surah al saf: ayat 2 tadi*







inshaaAllah..sama-sama muhasabah diri... yang menaip ni bukan solehah, bukan tahfizah, bukan ustazah, bukan yang alim..bukan....... manusia biasa juga, macam kamu semua ^   ^ doakan aku, semua ummah, agar kuat iman, bila iman kuat baru boleh menangkan Islam.  Allahu akhbar. Semoga, bila kita memuji-muji kebesaran Allah Ta'ala, kita buktikan melalui perbuatan..amalan kita..hati kita...bukan sekadar dibibir. kalau enteri ni merapu atau sebaginya.. maaf, itu adalah kelemahan seorang insan yang ingin menulis. kalau ianya membawa kebaikkan, manfaat..ketahuilah.. 100% daripada Allah Ta'ala  :) wallahua'lam bisswb.














sedikit nasihat untuk yang baru berhijrah: untuk istiqomah, 1thing kena ingat. bila syaitan bisik, kenapa kau perlu istiqomah ni? .. just " think that you're doing a right things.. and Allah surely loves it " cukup. buang tu bisikan syaitan jauh jauh. bakar. end .




No comments: