Upgrade Diri Upgrade Islam :')

Assalammualaikum warahmatullah :) maaf kerana pergi terlalu lama. perlukan masa untuk update semuanya. update akhlak, update iman, dan sebagainya. First of all. it's not to late untuk ucap selamat hari raya right? minta maaf untuk semuanya :')



Alhamdulillah... Alhamdulillah..Alhamdulillah... bulan june lepas, genap setahun penghijrahan ini :'D susah payahnya untuk istiqomah. kerana ganjarannya mahal. tapi apa yang kita buat di Dunia ini adalah untuk diri kita sendiri ekceli :') ya untuk diri kita...


Allah without a man, still Allah.. but a man without Allah is NOTHING


The Truth. kekadang kita terlupa. kita asyik malas bermalasan untuk melakukan ibadah. tapi sebenarnya yang rugi adalah kita. bukan Dia.. tidak, Dia tidak kurang apa-apa..kerana Dia, Dia Maha Kaya, memiliki segala-galanya. :'')


Berubah lah wahai manusia. berubahlah menjadi mukmin yang berjaya dunia akhirat. penuhkan lah diri dengan agama, dengan-Nya. Berkorban really really really needed a sacrafice, yes it is. Pengorbanan . Tapi ingat, berkorban demi Allah itu takkan pernah sia-sia. jika anda seorang yang selalu tinggal solat/ tak solat langsung, tryy..try untuk solat even 1waktu untuk hari (ini adalah permulaan bagi latih diri solat) then after that improve it, day 5 pr 6 try 2 waktu.. until lah meningkat sehingga 5waktu. it takes time seriously, tapi ingat balik, ini untuk kebaikkan kita di sana. jika anda seorang yang suka membuka aurat, doesn't matter lah free hair, tudung pendek atau apa-apa pun, change..berubah lah walau sikit demi sedikit. Bagaimana kalian mengatakan kalian takkan berjaya jika kalian tak pernah memberi peluang kepada diri sendiri?? tinggalkan perkara-pekara yang menjadi kebiasaan anda. tinggalkan.





once in a while we have to let go of the things we love doing the most, so we can find something better. -Yasmin Mogahed-


Kejayaan seseorang mukmin itu bukan pada permulaannya, pertengahannya..tetapi Pengakhirannya.




Manusia itu sering jatuh ke lembah dosa bukan kerana dia adalah ahli Neraka. tetapi kerana Allah uji dia, Allah sayang dia. sebab tu dia seringkali terjatuh, bangun dan jatuh berkali-kali..



Tapi kamu dah cuba menghalang diri kamu, tiba satu ketika kamu kalah dan jatuh ke arah maksiat.. kembali kepada Allah lagi. Allah gembira terhadap kembalinya kamu pada-Nya. 

petikan nasihat daripada Al-Habib Ali Al-Jufri:



 Diriwayatkan dari Nabi s.a.w, aku riwayatkan mafhumnya. Hadis ini sohih: "apabila berdosa seseorang hamba itu kemudian dia bertaubat dan memohon ampun. Allah berfirman kepada malaikat-Nya: "Wahai malaikat, lihatlah kepada hamba-Ku ini. dia berdosa kemudian bertaubat dan memohon ampun, saksilah sesungguhnya Aku telah mengampunkannya." Lantas ia jatuh kembali ke lembah dosa, maka ia menyesal dan bertaubat serta kembali semua kepada Allah memohon ampun.. maka Allah, berfirman kepada malaikat-Nya: "Wahai malaikat, lihatlah kepada hamba-Ku ini" 

 Allah berfirman: "Lihatlah wahai malaikatku, hambaku ini berdosa lantas bertaubat kemudian dia jatuh semula, kemudia bertaubat. saksikanlah bahawasanya Aku telah mengampunkannya." 

maka dia jatuh kali ketiga ke lembah dosa, lantas dia bertaubat semua memohon ampun dengan penuh kejujuran. 

Lantas Allah berfirman kepada malaikat-Nya: "Wahai malaikat-Ku, lihatlah kepada hambaku ini. dia berdosa, lantas bertaubat maka aku telah ampunkannya..Kemudian dia kalah dengan nafsunya dan berdosa, lantas bertaubat maka aku telah ampunkan dosanya. Kemudian dia kalah sekali lagi dengan nafsunya. Perhatikan kata-kata ini, hamba ini tahu bahawasanya dia ada tuhan yang mengampuni dosa. lantas hamba ini bertaubat dan kembali kepada Allah.. "Wahai malaikat-Ku, saksikanlah bahawasanya Aku telah ampunkan dosanya yang terdahulu dan kemudian." 


must watch :')



let's make a chance, we can do this !! semoga apa yang diri ini sampaikan diri ini juga akan amal. kerana aku menulis untuk motivasi diriku, kalau anda terkesan, Alhamdulillah semuanya datang daripada Allah SWT . 

No comments: