Bila diri ini selalu silap..






Aku, bukanlah seorang yang baik lagi mulia. adakala aku membuat salah tanpa ku sedar. aku juga tidak terlepas dari membuat silap.. aku juga hamba ALLAH yang tak lepas dari kelalaian, aku pinta kepada mu, duhai sahabat, tegur aku, bina aku semula, nasihati daku, jangan diamkan silapku. aku sedih.. aku sedih bila engkau membiarkan daku terus hanyut dalam silap ku, aku sedih bila semuanya sudah terlambat baru aku tahu apa silap ku. :''(


jangan biar daku hanyut dalam kesilapanku, bantu aku :''(





Bila aku silap, bantu aku perbetulkan silapku, .. aku juga manusia biasa sepertimu... tahukah kau betapa kesalnya aku? :'( jika niat teguran mu agar aku sedar akan silapku, in shaa Allah, ALLAH akan lembutkan hatiku untuk terima teguran mu sahabat.. doa lah pada Allah, agar hatiku dilembutkan.. aku banyak kurang, aku tak tahu jika aku telah membuat kau sakit hati, terguris,, sebab kau tak cakap, kau diamkan ja, sampai bila kau nak aku terus hanyut dalam membuat kesilapan ? :'( sampai bila sahabat??




 "Oh Allah, if i make mistake to others, give me strenght to apologize..."




Kesudahannya, aku terus hanyut dan hanyut dalam kesilapan ku.. tapi sampai bila??? Ya Allah, terkadang aku tak tahu bila aku buat salah, aku mohon Engkau kirimkan aku seseorang yang mampu menegur silapku, yang boleh bimbing aku.. ya Allah ar Rahman ar Rahim... pintaku, kuatkan aku untuk muhasabah diri ku yang banyak silap ini.. dosaku pada-Mu bertimbun, aku tak ingin menambah dosa kepada para hamba-Mu yang lain.. Allah :'( Aku tak layak untuk mendapat ukhuwwah fillah .. sangat tak layak. aku langsung tak memberi apa-2 kebaikkan kepada mereka :''( namun, aku memerlukan ukhuwwah fillah untuk bina aku, kuatkan aku, untuk bawa aku ke Jalan-Mu yang lurus. 





Ukhuwwah Fillah.. bersaudaralah dgn ku kerana Allah :')





Buat masa ini, aku lebih fokuskan kepada DIA, DIA yang SATU. kerana aku tahu, bila aku mulai mencintai Dia, sayang Dia, mungkin aku akan lebih faham, apa itu Ukhuwwah Fillah.. untuk bersahabat dengan org seperti dirimu, membuatku malu, tak layak :'') aku malu sebab tak mampu bawa apa-2 kebaikkan pada kau, aku cuma menyusahkan kau, aku cuma merimaskan kau, bila aku 'hilang' dari pandangan kau, aku pinta doa  untuk iringi baik pulih diri ku. baiki diri, aku takut aku akan sakitkan hati kau lagi :''( 








******


Aku harus bangkit, perbaiki diri.. daku merenung jam di dinding "3.07 am" sangat lewat, tapi aku tak mampu tidur, teringat pesan sahabat ku yang lain, " bila hati tak tenang buatlah solat sunat taubat dua rakaat.." Allah.. aku perlu muhasabah diri kembali, aku terlalu banyak silap dan dosa ya Allah.. -sekian- :'')






No comments: