Untukmu bakal Pembimbingku :')




Untuk mu.... :)






Cinta Insani. Ada apa dengan cinta insani ini? Semua orang mengimpikannya...*tapi aku?....Tuhan ja tahu...  Manisnya cinta itu  lebih-2 lagi Cinta selepas Nikah :) yes. kenapa? Sebab semuanya halal. apa ja korang buat tak menjadi dosa malahan menjadi pahala ! *ewah ewahhh.. best nih :p So pendek kata semua pun simpan angan-2 setinggi gunung kinabalu... eh.. tak cukup tinggi.. setinggi gunung Everest :D mana tak nya, buka FB penuh homes dengan ayat-2 jiwang..begitu juga dengan twitter, Eh, aku pun nak jugak ar jiwang-2 :p ok manusia dengan cinta ni memang tak leh pisah kan kan :)





******





A letter from me : Gadis Biasa
Assalammualaikum warahmatullah wahai bakal pemimpin Dunia Akhirat ku ..
Diharap, dengan memilih mu;
Cinta ku kepada-Nya bertambah, kerana sebelum menemui mu, aku sangat berharap agar aku mampu menggapai Cinta Ilahi yang Satu itu.. Dia lah yang Pertama dan terakhir, ku susun rapi segala ruang hati agar hanya dipenuhi dengan cinta-Nya.. aku takut jauh dari cinta-Nya.. tolong aku gapai cinta-Nya :')
semoga dengan memilih mu, daku menjadi muslimah yang berguna untuk Agama yang tercinta, semoga aku lebih terdidik dari sebelum ini.. aku yang masih jahil tentang agama sendiri, ajariku segala-galanya..tunjuk ajar daku agar aku tidak buta dengan agamaku sendiri :')
semoga memilihmu, aku menjadi anak yang solehah, bertambah-tambah solehah .. aku ingin membahagiakan kedua ibu bapa ku di akhirat, meski engkau adalah keutamaanku :') 
semoga dengan memilihmu, aku menjadi isteri yang Allah redhai, Dunia dan Akhirat..
Jika Allah mengurniakan kita cahaya mata, diharap;
aku mampu menjadi seorang Ummi yang mampu mendidik akan ilmu dunia Akhirat kpd mereka nanti,
dan aku berharap.. Engkau jua mampu menjadi Abi yang membimbing kita sekeluarga menuju Syurga-Nya..
Jujur, aku bukan gadis yang engkau idamkan, jauh sekali.. aku tidak lah 'sesolehah' mana, masih perbaiki diri, entah perlu berapa masa untuk perbaiki diri ini, aku sendiri tak pasti, banyak sangat yang perlu ku perbaiki.. terimalah diri seadanya.. kerana aku bukan seperti bidadari Syurga, yang sempurna, aku cuma wanita yang perlu pemimbing di samping ku :') sebab itu dengan memilih mu, menerima mu dengan hati yang terbuka, ku harap engkau bimbing aku :') bimbing lah daku sebaik-2nya.. Aku yakin engkau boleh membimbingku :)
kita perlu bekerjasama untuk membina Baitul Muslim yang Allah redha :')
namun.. semuanya perlukan masa.. in shaa Allah aku akan meletakkan Allah pertama dihatiku, hanya Dia yang boleh menjaga hubungan ini.. dan kerana Dia lah juga kita bertemu dan berpisah.. Syukur ku panjatkan kepada Ilahi kerana mewujudkan kasih sayang antara kita,
aku janji aku akan usaha menjadi menjadi muslimah yang terbaik dipandangan Allah, dan usaha brkelakuan baik untuk menjaga air muka muka mu duhai Pembimbing ku :') meski ku tak pasti akan bagaimana diri mu, namun, aku tak henti-henti berdoa, agar engkau lah yang terbaik untukku :')
Bersama mengimpikan Syurga Firdaus yang paling tertinggi, hanya bersama mu wahai bakal pemimbingku :') Semoga Allah redha . -
The end-


Letter sent to: Bakal Pemimbingku :')









*Opss ! Tercicir dari surat.. ! keyboard backspace rosak so tak dapat reverse lah.. hee..awak, ya awak lah yang bakal membimbing saya, saya harap awak jaga kelakuan awak dengan para wanita ajnabi, ikhtilat tu, please :) saya tak halang awak utk mengajar wanita lain, sebab ada bezanya mengajar dan melayan, ada faham? awak, always hormat orang tua, doakan kebahagiaan dunia akhirat ibu bapa awak.. ok? Jaga Diri Jaga Hati Jaga Iman ya, yang penting jaga hubungan dengan Allah, kerana Dia, satu hari nanti kita akan bersatu :') in shaa Allah (n_______n)v




Sekian dari saya yang penat menulis: PANDA :)




Pistt! memang tak dinafikan, awak yang terbaik, saya kagum dengan awak, namun....saya tak berani nak mengaku bahawa itu CINTA :') kbye! 




No comments: