Benarkah DIA bertaktah dihati?




"Maafkanlah bila hati..tak sempurna mencintai-MU, dalam dadaku harap hanya, diri-MU yang bertakhta"







Benarkah DIA bertakhta dalam hati kita? adakah bangun dari tidur kita akan terus sebut nama-Nya? Alhamdulillah..syukur, Engkau masih panjangkan umurku untuk menambah amalanku ya Allah :') Cuba imbas, berapa kali kita mengingati-Nya, menyebut nama-Nya, bertasbih memuji-Nya.. kadang kala kita berzikir.. SubhanAllah..Alhamdulillah..Allahu Akhbar..Laa Ilaha illallah.. tapi.. adakah terus kita menghayati maknanya? atau pun sekadar ucapan dibibir?? Maka, kita refresh balik diri kita para sahabat yang dikasihi Allah.. jadilah hamba Allah yang selalu ingat akan nikmat-Nya, jadikan Dia PERTAMA dihati kita..








Cintakan Allah kerana Dia, kita dianugerahkan ISLAM dan IMAN
Cintakan Allah kerana Dia, kita tahu ajaran Islam yang disampaikan oleh Rasulullah tercinta kita
Cintakan Allah kerana Dia, kita dapat menikmati hidup di dunia yang sementara ini
Cintakan Allah kerana Dia, kita dapat bestfriends yang amat kita sayangi sekarang ini
Cintakan Allah kerana Dia, kita kenal apa itu 'Persahabatan'
Cintakan Allah kerana Dia, kerana kita lahir dan dibesarkan oleh ibu bapa yg tersayang
Cintakan Allah kerana Dia, kita kenal apa itu erti 'kasih sayang'
Cintakan Allah kerana Dia, kita kenal apa itu 'cinta berlawanan jantina'
Cintakan Allah kerana Dia, kita kenal apa itu 'rindu'
Cintakan Allah kerana Dia, kita kuat mengharungi hidup melalui dugaan-dugaanNya
Cintakan Allah kerana Dia, kita merasa indahnya hidup ini
Cintakan Allah kerana Dia, kita merasa udara tanpa sedikit bayaran pun
Cintakan Allah kerana Dia, kita selalu diberi peluang untuk bertaubat walaupun kita dah banyak buat dosa
Cintakan Allah kerana Dia, selalu menyahut cinta para hambaNya yang hina ini tanpa mengira latar belakang
Cintakan Allah kerana Dia lah yang sememangnya layak untuk dicintai dan dirindui :')




dan jika kita mengirakan nikmat dan pemberianNya.. SubhanAllah.. sesungguhnya kita tidak akan terkira
Wajar lah hanya Allah yang dihati kita. Dia-lah Kekuatan kita :')



" Memiliki Allah beerti memiliki segala-galanya :')




Allah adalah punca segala kebaikkan di dunia ini, Dia yang menciptakan segala-galanya..
Sesungguhnya, Dia-lah Tuhan sekalian Alam.
Dia-lah yang berkuasa pada hari Kiamat nanti.



Biarlah sisa hidup ini, dihabiskan hanya untuk-MU ya Allah .. tak ku meminta lebih kepada-Mu.. Sesungguhnya segala pemberian dan nikmat-MU melebihi keperluan hamba-Mu yang hina ini .. Allahu ya RabB ..kejarlah cinta-Nya para sahabat ku, dekati Dia, Cintailah Allah kerana Allah selalu mencintai para hamba-Nya :')





Allah berfirman: "Wahai manusia ! kamulah yang memerlukan Allah: sedangkan Allah, Dia-lah Yang Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu), Lagi Maha Terpuji" (al-Faatir: ayat 15)



No one but ALLAH :')







P/s: Beribadat bukan untuk mendapat ganjaran Allah, tetapi inginkan REDHA Allah . :)


No comments: