Kenali sahabat anda..





Ukhuwah fillah abadan abada (bersaudara kerana Allah selama-lamanya) :') selalu kan dengar orang cakap macam ni? pernah tak orang ungkapkannya dengan kita? Sahabat adalah orang yang selalu bersama kita selain ibu bapa. dan adakalanya seseorang itu lebih rapat dengan sahabatnya sendiri berbanding keluarganya. Jangan terkejut, it's a fact! So macam mana nak kenali sahabat anda ni? Cuba senaraikan beberapa pekara dan buat dua ketegori: 1. Pekara yang dia selalu ingatkan saya kepada Allah dan RasulNya & 2. Pekara yang boleh melupakan pada Allah, Rasulullah, Akhirat (pekara-pekara yg melalaikan) . Cuba bandingkan mana lagi banyak antara dua kategori itu. 



Tujuan ini bukan untuk cakap dia jahat bukan tapi kita nak tengok, adakah dia benar-benar sahabat sejati yang kerana Allah semata. Sahabat yang baik itu, selalu marah-marah kita bila kita tak solat, tak tutup aurat dengan sempurna, apa-apa ja yang melibatkan hal-hal agama dia akan bertegas disitu. Sahabat yang baik adalah membenarkan kata-kata kita, memperbetulkan jika salah bukannya mengiyakan yang salah kepada betul. kan?







Teman
Bersamalah kita semaikan persahabatan ini
Dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan



Dan kemudian. lihat diri anda. Adakah anda juga tergolong dalam sahabat yang baik? Mari perbetulkan apa yang kurang kita ambil berat dalam hal ni. sama-sama kita perbaiki diri.. Oleh kerana sahabat adalah orang yang rapat dengan kita mestilah caranya dan cara kita mempengaruhi sikap kita bukan? setiap orang mempunyai kelemahan, dan juga kelebihan. dan kita bersama sahabat kita untuk saling melengkapi. Indahnya sebuah persaudaraan jika ianya kerana cinta kepada Allah :') In shaa Allah, moga Allah merahmati dan meredhai persahabatan kita . Allahuma Aamin :)

No comments: